"Ajib! He is very ajib man."
'Ajib' itu sering kali muncul dari mulut Syeikh Said tatkala beliau menceritakan perjuangan ulama-ulama silam dalam mengembangkan agama Islam. Misalnya, salah satu kisah yang disampaikan beliau adalah mengenai perjuangan ulama' di India. Katanya, di India sewaktu di bawah pemerintahan British, fitnah terhadap agama Islam dan Muslim terjadi begitu teruk sekali. Para Hafiz Al-Quran dibunuh dan mayat mereka digantung pokok di sepanjang jalan. Para ulama' terpaksa turun sendiri di medan peperangan untuk menentang kezaliman penjajah British.
Salah satu kisah, menarik juga untuk dikongsi. Salah seorang ulama', telah ditanya oleh anak muridnya, kenapa mulutnya sering sahaja terkumat-kamit setiap waktu, seolah-olah sedang mengulum sesuatu sepanjang masa. Menurutnya, sewaktu pertempuran menentang British, para ulama' dan muslimin telah ditembak bertubi-tubi oleh tentera musuh. Dan pada ketika itulah, dari langit, barisan tentera Muslimin melihat gerombolan Hurun 'Ain (Bidadari), datang memberi minuman kepada ulama' dan barisan muslimin yang syahid berjuang.
"Demi Allah, saya melihat seorang bidadari bersedia untuk memberi minuman itu pada saya, namun seorang lagi bidadari datang, menarik tangan bidadari tadi dan mengatakan saya tak ditakdirkan syahid. Akan tetapi, setitis minuman tersebut jatuh ke dalam mulut saya, dan sehingga ke hari ini, saya masih terasa kemanisannya walaupun sudah bertahun pertempuran itu berlaku," kata Syeikh Said, menyampaikan semula kata-kata ulama' yang dimaksudkan itu.
"Ajib! Totally ajib!" Sekali lagi Syeikh Said mengulang frasa ajib dengan penuh bersemangat. Matanya tidak berkedip langsung dan bicaranya lantang, menunjukkan beliau bersungguh-sungguh dalam bercerita. Saya, bersama sahabat-sahabat yang lain, tekun mendengar dan sekali-sekala kedengaran tasbih dan takbir dari kalangan kami.
Menakjubkan. Bantuan dan kudrat Allah sememangnya menakjubkan.
Ajib!
Selang beberapa hari sebelum itu, Syeikh Said berkata, "Mintalah doa pada Allah, supaya hidayah-Nya bukan sahaja untuk orang yang kita temui, bahkan untuk seluruh umat manusia juga. Kalau hari ini kita buat usaha dakwah di sini, mungkin di sudut dunia lain, Allah kurniakan hidayah-Nya di sana. Siapa tahu? Tugas kita, sebagai da'ie adalah untuk berdoa juga."
Kami taat, berdoa sepertimana telah dianjurkan oleh seorang yang alim.
Dan, kudrat Allah, perkara ajib telah berlaku.
Beberapa hari kemudian, sewaktu waktu infiradhi di Epping, masa untuk menguruskan hal ehwal sendiri, saya mengambil peluang untuk mengikuti kemas kini Facebook saya. Di bawah pohon Euclyptus, di atas batu basalt, di dalam hawa yang sederhana panas, saya meneliti telefon bimbit saya, yang dilengkapi dengan akses internet. Saya dapati, ada satu mesej dari kawan saya, seorang Caucasia dari Adelaide. Beritanya bernada sedih. Namun, bagi saya, dua perasaan datang serentak di dalam hati. Gembira dan simpati.
"Kekasihku sudah meninggalkanku kerana memeluk Islam. Jadi, aku nak meminta nasihat dari seorang kawan yang aku percayai dan juga seorang muslim mengenai hal ini. Sebarang pertolongan amatlah dihargai."
Saya tersenyum sendiri. Saya kenal mereka berdua, apatah lagi kawan saya ini, yang banyak menghabiskan masa bersama saya sewaktu kami belajar dan melakukan amali lapangan dahulu.
Ajib! Allah menjalankan kudratnya penuh hikmah dan rahsia. Allahuakbar!
Sejak hari itu, setelah saya khabarkan kepada sahabat-sahabat saya yang lain, kami tak putus-putus berdoa pada Allah, meminta bermacam perkara untuk dikurniakan sementara di dunia, atau di akhirat sana.
Kata Syeikh Said, doa orang yang sedang berada di jalan Allah, doanya adalah ibarat doa Nabi Musa.
Ajib! Sungguh Ajib!

3 ulasan:
ajib=ajaib?yg aku tau ajib dlm cerita anak-anak sidek tu ja. masyaAllah.itulah kebesaran Allah.mungkin usaha dakwah itu x berlaku pada org yg dekat dgn kita.tp hidayah tu Allah bg dekat org lain yg mungkin x da kaitan dgn kita atas usaha dakwah kita.Subhanallah.
nak tengok gambar pengembaraan gurun bole x?balik Malaysia bole la publish 1 buku.himpunan entri hg ni.iqbal ada terlibat publish buku sajak kan.
wasalam.
zam, ajib tu bahasa arab untuk ajaib.
gambar, tak adalah zam. kamera tak aktif sepanjang pengembaraan tempoh hari. cuma terakam dalam memori dan dipaparkan di blog ini.
buku, insyaAllah sedang diusahakan. aku tengah menimbang-nimbang bagaimana untuk mempersembahkannya pada masyarakat umum.
ada cadangan?
Catat Ulasan