Kelab Peminat

Cinta (Samudera)

Semasa saya sibuk mengemas bilik, mencari-cari pen yang hilang, saya terjumpa satu lipatan kertas. Ada banyak tulisan di atas kertas itu, dan juga conteng-conteng huruf jawi. Saya pernah terbaca satu fakta, dengan menconteng, ia adalah stimulus buat otak kita, untuk lebih laju berfikir. Banyak betul benda yang saya conteng di atas kertas itu. Namun, di balik contengan itu, saya temui satu puisi, yang tak ingat, bila saya tuliskannya. Kiranya, bolehlah ia ditemakan dengan tema conteng.

Cinta (Samudera)
Pada Samudera itu,
Jika kau tahu,
Ada cangkat dan dalamnya.

Sebagaimana hati,
Cinta ada rencam kedalaman rasa.

Jika cinta pada Allah
Mendalam rasanya,
Sungguhpun bergelora permukaan,
Tetap tenang ombak
Di lubuk paling rahsia.

Jika cangkat,
Cinta manusia,
Seolah pesisir,
Banyak hidupan akan berenang,
Terbuka dan mesra.

Kertas conteng
(tak bertarikh)


4 ulasan:

Faiz Faiza berkata...

salam tuan teja,
jalan-jalan mcari pengisian
'cantik' puisi, err..tapi apa maksud cangkat?

Muhammad Teja berkata...

wasalam faiz faiza,

apa kata saudari cuba menyelak kamus untuk mencarinya. semoga berjaya. :)

sekian

Faiz Faiza berkata...

Pada samudera itu,
Jika kau tahu,
Ada cetek dan dalamnya.

terima kasih perkongsian
*saya tanya puan kamus saya; Puan Ummu Hani

ASaL berkata...

terbaik!