Kelab Peminat

Debu dan lain-lain

Debu
Debu kota melekat di jiwa,
Mengabusi manikam makna insan.

Mahkamah
Lincah lidah saling bertikam,
Mengharap bangga sanjungan manusia.

Wawasan
Ke hadapankah maju,
Hidupkah jasad tanpa hatinya?

Rusuh
Sukakah kita berkumpul,
Gagal menjawab apa niat.

Bala
Apa lagi namanya bala,
Diam di rumah dapat bencana.

Taubat
Allah takkan mengendah,
Sesal hamba doa tak sudah.

1 ulasan:

zarzh berkata...

Assalamualaikum, salam ziarah dari saya. Masyaallah, baik benar nukilan laxamana.