Kelab Peminat

Kitab Cinta: Kemanusiaan dan Ketuhanan

Aku bertanya kekasihku,
Apabila kami menyebut tentang cinta,
"Bolehkah cinta itu diduakan,
Antara manusia dan Tuhan?"

Kekasihku
Memuliakan pertanyaanku menjawab,
"Sayangku,
Andai tiada rasa keTuhanan,
Masakan benar cinta kemanusiaan."

7 ulasan:

pengejarmimpi berkata...

Salam laxamana. hehe.. lama sudah aku mencari blog anda. ketemu jua akhirnya. aku pelupa orangnya.
sihat bro? lama tak dengar cerita. masih di adelaide kah?

Muhammad Teja berkata...

waalaikumsalam,

hehe. alhamdulillah, macam biasa.

macam inilah ceritanya, yang biasa-biasa tercatat di laman ini.

sudah pulang ke malaysia. hampir setengah tahun juga.

siapa ya, sang pengejarmimpi?

pengejarmimpi berkata...

alhamdulillah.. bekerja dengan petronas? majied ni.
abdul majied mustapha
ingat lagi?
:D

banyak berlatarkan KL catatan-catatan kebelakangan ni. banyak berjalan KL eh?

Muhammad Teja berkata...

alhamdulillah. tidak, sudah tidak lagi bersama dengan aspirasi syarikat.

gembira dapat bertemu kembali, sungguhpun dalam maya cuma. haha

bila mahu pulang dan berjalan ke kuala lumpur?

ya, sekarang sudah berada di sini. rezeki di sini nampaknya.

Allah menentukan. Penuh rahsia, penuh hikmah.

:)

Tanpa Nama berkata...

"Wahai pencari Kebenaran,

Allah Sang Kebenaran
Yang Maha Pemurah adalah Mahacemburu.
Dia tidak ingin hamba-hamba terkasih~Nya
mencintai apapun selain Diri~Nya,
sebab Sang Terkasih Sejati tak lain adalah Allah.
Dicintai adalah hak Allah Yang Maha Esa.

...

Semua kebaikan, semua sifat mulia,
dan segala sesuatu yang kita cintai adalah ciptaan~Nya.

Orang yang mencintai makhluk
harus mencintai Penciptanya pula.
Maka, orang yang bijak tak akan memisahkan
makhluk dari Penciptanya yang sejati, atau sebaliknya.

...

Syahdan, jangan berhenti
[cintamu itu hanya] pada makhluk,
tetapi datanglah kepada Penciptanya!

Jangan berhenti pada nama-nama [sang makhluk],
tetapi temuilah Sang Pemilik Nama!

Jangan berhenti pada kata,
tetapi reguklah maknanya!"


****


Syekh Muzaffer Ozak al-Jerrahi,
petikan dalam bukunya
'Dekap Aku dalam Kasih Sayang~Mu: Jalan Cinta Pendamba Rida Allah'

pengejarmimpi berkata...

Alhamdulillah. Tidak bersama syarikat? Menolak atau sebaliknya?

Aku masih menuntut di tanah asing. Plan berubah. Tambah lagi setahun. NZ masih memerlukan aku, rasanya :)

jadi di mana ko menabur budi masa ini? Syarikat lain?

InsyaAllah bila sudah kembali ke tanah air nanti, boleh la menjelajah ibukota lagi, mencari kitab, seperti dulu.

Doakan kejayaan ku sahabat. Peperiksaan Isnin ni.

Muhammad Teja berkata...

majied,

pulanglah dahulu. nanti akan aku ceritakan dengan panjang lebar.

rindu benar, beriringan di jalan tuanku abdul rahman, mencari buku untuk rujukan, dengan insan akrab bernama teman.

:)

insyaAllah, semoga berjaya hendaknya!