Kelab Peminat

Kemas


Sewaktu mengemas pejabat tadi, saya terjumpa beberapa buah buku yang amat berguna. Antaranya adalah buku Sayyed Hossein Nasr, Goerge Berkeley, Robert M. Pirsig dan juga buku kumpulan esei kritikan teori evolusi yang disunting oleh Osman Bakar. Amat mengujakan dan saya segera meminjam salah sebuah buku itu daripada pemiliknya - iaitu bos saya.

Kemudian, saya ke almari-almari yang memuatkan segala buku yang pernah diterbitkan. Saya menemukan beberapa karya Faisal Tehrani, Isa Kamari dan beberapa pengarang besar lain yang tersimpan elok. Terdapat senaskhah novel untuk setiap judul yang pernah diterbitkan. Saya menyelongkar rak berkenaan, dengan niat untuk menyusun novel-novel besar ini supaya kelihatan lebih kemas dan lebih mudah dirujuk.


Saya tertegun melihat muka kulit Memeluk Gerhana. Memeluk Gerhana, karya Isa Kamari diterbitkan di tiga negara - Singapura, Malaysia dan Indonesia. Di dalam rak itu, terdapat dua versi Memeluk Gerhana, yang tentunya berlainan rupa kulitnya. Saya mengambil naskhah yang telah diterjemahkan ke bahasa Indonesia dan menatap wajahnya buku itu. Rupanya lebih menarik dan lebih berwarna.

Apabila saya meneliti bahagian bawah muka hadapan buku dari Indonesia itu, ada petikan yang begitu mengamamkan.

***
Petikan asal, dari entri blog yang bertarikh 25/12/2007:
Saya tak mampu mengulas. Setakat ini, novel Isa Kamari ini merupakan paling dekat dan paling sedih yang pernah saya baca. Kesan emosi sungguh membekas. Kenangan dan cinta sememangnya tak boleh dipisahkan dengan manusia. Terima kasih Isa Kamari.


p/s: Pembocoran rahsia.selepas ini, beberapa entri di dalam blog ini akan diterbitkan dalam bentuk buku pula. Nantikan!

Tiada ulasan: