Kelab Peminat

Gradasi Makhluk


Saya menerima maklum balas daripada rakan sepengajian saya dahulu, mengenai entri yang saya poskan sebelum ini. Rasanya, bagus juga untuk dikongsikan perbincangan tersebut.

Mariah
salam,
thanks for sharing. 
memang aku pun dah lama keliru. tolong explain kalau kau faham.

1. darwinisme tidak boleh diterima dalam konsep evolusi manusia, tapi bagaimana dengan haiwan dan tumbuhan? evolusi haiwan, contoh dinosour kepada buaya, mungkin atau tidak?

2. Dalam kisah2 islamiyah, ada disebut nabi-nabi dulu ketinggian bermeter-meter, tapak kaki besar-besar, langkah nabi Adam pun besar, hidup pun lama. tidakkah ini dikira evolusi jugak? bukan dari segi beruk kepada manusia, tapi dari segi adaptasi manusia over time-size, warna kulit, etc..?



Teja
wasalam
aku cuba jelaskan apa yang aku faham.

satu

tak semestinya menolak evolusi seratus peratus. dalam satu spesis, mislanya burung nuri - satu burung nuri itu berbeza dengan burung nuri yang lain.

namun, perlu difahami bahawa perbezaan itu terlingkung dalam batas satu spesies sahaja. ia tidak boleh berhijrah menjadi spesies yang lain.

misalnya, beruk (binatang) sudah tentuk tidak akan berubah jadi manusia. juga, manusia mungkin tidak akan berevolusi menjadi beruk (binatang) pula. 


*(cuma dalam satu kes, di mana ada sekelompok orang yahudi yang disumpah menjadi beruk oleh Allah - ini bukan evolusi, tetapi bala' - kerana berlaku serta merta.)


cuba lihat pandangan ilmuan sebelum darwin, mengenai perbezaan spesies, terutamanya aristotle dan ibn sina. mereka mengetengahkan the gradation of being. yakni, mereka menyusun hidupan daripada makhluk yang terendah, hinggalah makhluk yang tertinggi. berikut adalah urutannya.

  1. yang terendah:
      batu/mineral (tidak bergerak, tidak membesar, tidak berakal)

  2. diikuti oleh:
      pokok/tumbuhan (tidak bergerak, membesar, tidak berakal)

  3. diikuti oleh :
     haiwan (bergerak, membesar, tidak berakal)

  4. yang tertinggi:
     manusia (bergerak, membesar, berakal)

dalam satu grup itu, sudah tentu ia boleh berubah, tetapi, ia tidak berubah menjadi grup yang lain. ini kerana, dalam setiap grup, ia mempunyai ciri yang tersendiri (bergerak atau tidak, membesar atau tidak, berakal atau tidak).

dalam hal evolusi ini, ia menjadi masalah apabila kita mengatakan dengan peribadi beruk, ia boleh berubah menjadi peribadi manusia. yakni, peribadi binatang, menjadi peribadi makhluk yang lebih tinggi.

ilmuan silam mengatakan bahawa makhluk yang tertinggi itu, boleh mempunyai kesemua ciri makhluk yang terendah daripadanya, namun, makhluk yang lebih rendah, tidak boleh mempunyai ciri makhluk yang lebih tinggi daripadanya.

maka, tiada penghijrahan antara makhluk di sini.

tentang evolusi di dalam haiwan dan di dalam tumbuhan - mungkin boleh atau mungkin tidak boleh. ini kerana, di dalam al-quran, Allah tidak menjelaskannya secara mutlak. jadi, ia terbuka untuk kajian. maka, hasil dapatan kajian itu, mungkin boleh menjawab persoalan hang. aku juga pernah mendengar, bahawa haiwan itu diciptakan daripada air, bukan daripada tanah (yakni bukan seperti manusia). jadi, seperti yang kita tahu, sifat air berbeza dengan sifat tanah. air boleh mengalir, dan mengikut bekas. maka, potensi evolusi ada di situ.

berbeza dengan manusia, penciptaannya pun sudah dijelaskan dalam al-Quran - iaitu fizikal manusia adalah sebaik-baik ciptaan. panjang juga kalau hendak bahaskan mengenai hakikat penciptaan manusia ini. insyaAllah, nanti, aku boleh terangkan kalau kita berjumpa. :)

dua

jika dikira dari aspek evolusi masa-ruang (time-space), mungkin boleh diterima. kerana, peribadi manusia seperti adam, adalah tetap manusia, sepertimana kita - iaitu mempunyai akal, ruhani dan kalbu, sungguhpun sekarang kita tidak lagi sebesar, seusia dan sewarna dengannya. mungkin dari segi ciri fizikal itu kita berbeza, tetapi nabi adam tetap mempunyai dua kaki, dua tangan dan satu kepala - tidak pula berbulu lebat, bertangan panjang dari kaki dan berekor. hehe.

evolusi yang menjadi kontroversi adalah apabila dikatakan bahawa beruk itu adalah bapak manusia. bukan nabi adam yang turun daripada syurga.

wallahualam
kalau masih belum berpuas hati, boleh tanya lagi. insyaAllah. :)

sekian


Mariah 
syukran kathiran. :)
baru aku tau, peringkat mineral-manusia. adaptasi boleh terjadi dalam each group, but not across groups. kan?? adakah evolusi bermaksud adaptasi across groups?

thanks again for the explanation.


Teja
afwan jiddan. :)
Pada pandangan aku, merentasi kumpulan itu mungkin tidak pernah berlaku. Jika adapun, mungkin ia sekadar mengambil perubahan fizikal yang menyerupai grup yang lagi satu, namun tidak mungkin ia mengambil peribadinya. Misalnya, peribadi (baca: perangai) binatang, tidak akan bertukar menjadi peribadi (baca: perangai) manusia.

Cuba renungkan kenyataan di bawah:

Ilmuan silam mengatakan bahawa makhluk yang tertinggi itu, boleh mempunyai kesemua ciri makhluk yang terendah daripadanya, namun, makhluk yang lebih rendah, tidak boleh mempunyai ciri makhluk yang lebih tinggi daripadanya.

ini bermaksud bahawa manusia boleh sahaja mempunyai unsur galian, tumbuhan dan binatang. juga, binatang boleh sahaja mempunyai unsur tumbuhan dan galian. dan seterusnya.

namun, binatang tidak akan sama sekali mempunyai unsur makhluk yang lebih tinggi daripadanya. dalam hal ini, binatang tidak mempunyai akal seperti manusia. ini bermakna, peribadi binatang, tidak sama dengan peribadi manusia.

jika membaca origin of species, darwin mengutarakan pendapat bahawa evolusi ini berlaku secara rentas kumpulan. contoh yang paling terkenalnya adalah beruk menjadi manusia. sudah tentu perkara ini mustahil. dan jika benar darwin menemukan tengkorak yang menyerupai manusia itu, belum tentu tengkorak itu milik bani adam. seperti yang aku tuliskan sebelum ini, ia berkemungkinan besar milik haiwan yang mempunyai fizikal seperti manusia, namun tidak mempunyai peribadi manusia.

bagi aku, aku menolak perkara tersebut. itu sahaja.
sekiranya mariah ada pendapat dan pandangan mengenai hal ini, sudi-sudilah kongsikan, ya?

Tiada ulasan: