Kelab Peminat

Pandangan hidup 3 (rehat)

Gambar oleh Shafiq Abas

Kami berehat selama setengah jam.

Saya sempat bertanya kepada Prof Wan sewaktu rehat, apakah makna menjadi Melayu, dalam konteks pandangan alamnya? Jawapan Prof mudah - yakni bahasanya. Jadi, dalam jalur sejarah bangsa Melayu, terdapat pelbagai etnik yang diasimilisasi dan akhirnya memegang status bangsa Melayu.



Di meja makan bulat itu juga, ada rakan pelajar lain yang mengambil peluang untuk bertanya - kenapa lenggok bahasa yang dituturkan oleh kebanyakan murid Prof al-Attas, mempunyai nada dan intonasi yang sama. Prof Wan ketawa kecil dan menjawab, "mungkin pergaulan kami dengan guru sudah begitu lama. Bahasanya berpengaruh. Prof al-Attas ada menasihatkan kami, jika mahu menggunakan sesuatu bahasa, gunakannya secara penuh. Jika bercakap bahasa Melayu, gunakan bahasa Melayu dengan penuh. Begitu juga bahasa Inggeris."

Saya berkira-kira, betapa bagusnya hidup jika berdamping dengan guru. Mereka boleh menjadi penunjuk jalan dan menjadi pemerhati terhadap salah dan silap kita. Teringat sebuah ungkapan yang mengatakan seperti berikut:

'Ayah barangkali tidak boleh menjadi seperti guru, sungguhpun dia memberi kita segala keperluan dunia. Namun, guru akan memberi kita segala keperluan untuk berjalan ke akhirat, ke tempat yang abadi."

Lalu, kuliah pandangan hidup Islam pun dimulakan semula.

(bersambung)

Tiada ulasan: