Kelab Peminat

Sains Islam











Berkatalah ilmuan, bahawa sains Islam itu bertujuan untuk mendapatkan kefahaman mendalam terhadap alam, di samping untuk menyumbang kepada kesempurnaan ruhani dan membawa sesiapa sahaja yang boleh mempelajarinya segala cabang dahannya.

Buahnya nan tersembunyi yakni bersifat dalaman dan sukar dilihat akan nilainya.

Maka, untuk memahami dan merasainya, memerlukan seseorang itu untuk meletakkan dirinya di dalam sarwa pandangannya, dan menerimanya sebagai ilmu alam tabii yang sahih - yakni yang mempunyai dapatan akhir nan berbeza dan menggunapakai cara yang berlainan daripada sains yang dikenali sebagai sains barat itu.

Terpanggilkah kamu untuk membangunkan kegemilangan pepohonan ini? Seperti jejak dan saranan ilmuan - menggali dan mengkaji khazanah silam untuk kamu persembahkan buat anak-anak didik yang bakal mewarisi zaman?

(inti bicara Sayyed Hossein Nasr dalam rujukan Science and Civilization in Islam)

sumber gambar: http://muslimheritage.com/topics/default.cfm?ArticleID=1195

Tiada ulasan: