Kelab Peminat

Sikap 3. ISK

INI SALAHNYA KITA (ISK)

Amaran, entri paling panjang pernah saya tulis.

1. Merendah-rendahkan martabat ilmu

Ilmu yang seperti kita tahu, adalah sumbernya dari Allah. Ia diturunkan melalui Jibril ke Nabi Muhammad SAW, kemudian ke para sahabat ra, pada tabi’, tabi’ tabi’in, ulama’,ulama’,ulama’......................... tok-tok guru, dan akhirnya kepada kita.

b. Maka, ilmu itu sifatnya sangatlah tinggi.

c. Berbeza dengan maklumat, ilmu bermaksud:

i. Merujuk kepada Allah sebagai asal segala ilmu, ia (ilmu) adalah ketibaan makna sesuatu ke dalam diri seseorang. Apabila merujuk kepada diri sebagai pentafsir, ilmu adalah ketibaan diri seseorang kepada makna tentang sesuatu. –Fakhruddin al-Razi, diketengahkan semula dan diperbaiki oleh Syed Naquib Al-Attas – dipetik dari Penjelasan Budaya Ilmu, Wan Mohd Nor Wan Daud.

ii. Makna pula bermaksud : pengenalan tentang kedudukan sesuatu dalam satu sistem yang berlaku apabila hubungan sesuatu itu dengan perkara lain dalam sistem itu difahami dengan jelas – Syed Naquib Al-Attas.

iii. Beza antara maklumat dan ilmu boleh dikiaskan seperti berikut:
1. Bukan seperti komputer, mempunyai banyak maklumat, tetapi maklumat itu tidak bermakna pada komputer itu.
2. Manusia pula, apabila mendapat maklumat, ia akan menggunakan maklumat itu untuk manfaat dirinya, untuk manfaat komunitinya dan untuk manfaat manusia lain.

iv. Jadi, dalam hal ilmu ini, baik mengajar dan belajar, apatah lagi ilmu agama, perlulah ditanggap dengan berhati-hati, dengan saluran yang betul dengan adab yang betul.

d. Dalam masyarakat Melayu Adelaide, mungkin kerana ramai di kalangan kita dipilih dan dibiaya atas kecerdikan kita, maka ada suatu macam sikap yang berbahaya terhadap ilmu – merendahkan taraf ilmu dan orang berilmu (yang ada autoriti terhadap ilmu itu, seperti ulama’, ustaz yang tersohor dan mufti).

i. Sikap ini terjelma apabila kita cenderung menyamatarafkan semua orang pada satu ‘level’ yang sama. Misalnya, orang alim atau mufti, dianggap sama taraf dengan naqib-naqibah usrah, atau syeikhul malayuween.

ii. Contoh yang paling jelas adalah semasa kedatangan mufti Perak tempoh hari. Saya memerhatikan bagaimana layanan yang diberikan kepada orang berilmu. Adabnya, apabila orang berilmu bercakap, seelok-eloknya kita dengar (sungguhpun ada yang kita tak setuju). Namun, kita lebih cenderung untuk bising dan bercakap sesama sendiri dan membiarkannya bercakap seorang diri.

iii. Orang seperti mufti juga seharusnya dimuliakan. Dimuliakan atas dasar ilmunya. Bukan dibiarkan terkontang-kanting seorang diri, mencari kasutnya berselerak dengan kasut-kasut kita dan duduk melangut keseorangan di barisan hadapan. Layanan yang diberikan sungguh tak beradab. Kalau bukan AJK sekalipun, tak elok membiarkan orang sepertinya tercangak-cangak tak tahu membuat apa.

iv. Lainlah kalau mufti itu naqib atau naqibah kita. Naqib, dari segi autoriti ilmunya, mungkin tidak ada. Kesarjanaannya juga sudah semestinya tiada. Jadi, sikap kita dengan naqib sudah pasti berbeza dengan sikap kita terhadap mufti.

v. Itu baru hal kita dengan mufti, apatah lagi mufti dari kalangan bangsa kita sendiri. Kalau dengan ulama’ lain?

vi. Saya terpaksa membuka isu ini secara umum kerana mahu kita semua ambil perhatian, sungguhpun saya adalah salah seorang AJK dan sepatutnya menyuarakan hal ini sewaktu post-mortem. Namun, ini bukan salah AJK sahaja. Mereka ada tugas lain perlu dibuat pada hari itu. Yang lain-lain itu, kalau dah tahu tuan Mufti ditinggalkan begitu, maka kenalah ambil inisiatif.

e. Dalam erti kata lain, ilmu direndahkan sehingga orang yang tak berautoriti atau berkelayakan, di mana cakapnya dianggap sama sahaja dengan orang yang berkelulusan dan memperoleh sarjana dari sistem pendidikan Islam.

i. Adakalanya, ada majlis ilmu yang terang-terang dikendalikan oleh orang yang berautoriti dan mempunyai kesarjanaan.

ii. Namun, kita yang tak mahu pergi kerana terpaksa menghadiri program lain. Tak kisahlah program apa. Main bowling ke, makan-makan dengan perempuan ke dan atau program yang so-called beragama (tetapi diacarakan oleh senior-senior yang belajar medicine, engineering dan sebagainya).

iii. Yang patut membuatkan kita malu, tok guru yang seorang ini, sanggup berpayahan untuk memandu lebih ½ jam semata-mata mahu mencari anak muridnya. Namun, apa yang berlaku, tok guru sebegini dipandang enteng oleh mereka yang mempunyai saaaaangat banyak masa lapang dan sepatutnya boleh datang. ‘Tak datang majlisnya hari ini pun tak apa. Minggu depan dia buat lagi.’ ‘Alah, naqib aku dah cakap dah tentang agama. Cukuplah.’ ‘Malaslah nak pergi. Rumah tu tak muat. Kalau nak belajar, mesti la kena selesa.’ Sikap mereka yang acuh tak acuh terhadap ilmu jelas menunjukkan bahawa martabat ilmu direndahkan, serendah-rendahnya.

f. Sebabnya, kenapa perkara ini perlu dibangkitkan adalah kerana dengan ilmu, cahaya keimanan boleh menyala. Ilmu di sini bukannya sama dengan maklumat yang diperolehi melalui kuliah, surat khabar, Wikipedia dan sebagainya. Ilmu adalah yang memberi makna ke dalam diri kita dan kehidupan kita. Yang memandu kita supaya bukan sahaja mempunyai pengetahuan dalam bidang geologi, engineering¸ kedoktoran, tetapi mempunyai ilmu tentang bagaimana nak memandu hidup sebagai seorang geologis, sebagai seorang engineer, sebagai seorang doktor dan juga sebagai seorang farmasis. Dari situ, barulah maklumat geologi, maklumat enjin dan batang paip, maklumat tulang dan darah, maklumat dadah dan ubat-ubatan –bermakna kepada kita.

g. Kalau takat nak datang sini sebab nak berhibur, baik balik Malaysia, lagi banyak hiburan. Kalau takat datang sini nak makan-makan, baik balik Malaysia, lagi banyak makanan. Kalau datang sini, takat nak belajar dengan naqib-naqibah Melayu sahaja, baik lagi belajar di Malaysia. Ini orang nak tunjuk macam mana nak beriman beb, boleh selamat dunia akhirat beb. Tak bermakna lagi ke apa yang diajarnya itu?

h. Dalam masalah ini, kita telah meletakkan ilmu bukan pada tempatnya (terutamanya ilmu agama), bukan pada tempat yang tinggi itu. Kita anggap ilmu agama ini macam pameran di Art Gallery dan SA Museum, yang kalau tak pergi pun tak apa. Kalau pergi pun, dapat tunjuk muka pun jadilah. Bukan ambil manfaat dan aplikasikannya dalam kehidupan. Bukan memaknakan maklumat (maklumat agama) dari orang yang berautoriti dan berkelayakan untuk bercakap tentangnya.

2. Kecelaruan Falsafah, terutamanya falsafah beragama dan berpendidikan.

a. Isu ini sebenarnya sukar untuk ditanggap, melainkan buat orang yang mempunyai pengetahuan mengenai hal ini. Ini kerana, sempadan antara masalah dan tak bermasalah dalam konteks ini sangatlah kabur. Namun, ia perlu juga dijelaskan dan diketengahkan, supaya masyarakat kita lebih berhati-hati dalam menanggapi kecelaruan ini.

b. Keceleruan dalam falsafah Islam terjadi apabila kita dengan mudah mengambil pendekatan bukan Islam (pendekatan barat) dan menjadikannya sebagai kerangka dan menampalnya dengan label Islam dan mengisytiharkannya sebagai 100 % Islam. Contohnya, arak, diisi dalam botol Gatorade. Orang yang tidak tahu yang air kuning itu arak pasti akan meneguknya, kerana ia menyangka minuman inilah yang akan memberi tenaga yang hebat pada mereka.

i. Hal ini telah dijelaskan dengan panjang lebar oleh Al-Ghazali, sepertimana dimaklumkan oleh Al-Attas dalam huraiannya di dalam bab The Muslim Dilemma, Islam and Secularism, terbitan ABIM (1978).

ii. Walaupun ada kalanya kita dengan penuh cermat membawa masuk idea luar (atau pendekatan bukan Sunnah) ke dalam konsep falsafah beragama, namun ia sebenarnya mencabar kebergantungan kita pada Islam yang tulen (yang Sunnah, yang nabi buat), kerana idea luar, sedap hati, ikut trend orang ramai itu bukannya 100% boleh di-Islam-kan!

iii. Dalam erti kata lain, kerangka idea luar ini cuba disumbat-sumbat dengan idea Islam di dalamnya, supaya nampaklah Islamnya dan bolehlah dipakai.

iv. Misalnya, di sini, di dalam tempurung Melayu ini. Islam jemaah di sini saya lihat dipaparkan dengan konsep ‘semua orang akan suka.’ Maka, untuk memenuhi ‘semua orang akan suka’ ini, dibuatlah berkhemah di Aldinga, senam aerobik hujung minggu, main futsal, jalan-jalan , seronok-seronok dan sebagainya. Bayangkan, sistem ‘semua orang akan suka’ yang tak pernah dilakukan dalam sejarah Nabi, Sahabat, Khalifah Islamiyah, digunakan sebagai method utama dalam menyebarkan agama. Apa cara Nabi, Sahabat dan Khalifah Islamiyah dahulu tak lengkap ke? Ini baru satu kes.

c. Kes yang lain, yang saya kira agak berat.

i. Apabila kita mengendalikan suatu program bersifat ilmiah, mengembara ilmu-lah katakan, pernah tak kita mengajak hadirin mengkaji validity, kesahihan yang disampaikan dalam program itu?

ii. Mungkin kita pelajar sains, naif dalam bidang logik-falsafah-agama ini. Jadi, kita bersikap seperti anak burung, menganga bila ada orang nak suapkan makan.

iii. Kadang-kala, kita seolah-olah terpesona, melihat agama Islam ini cukup ‘cantik’ dipadankan dengan dengan sains. Cukup cantik ditangkapmuatkan dalam idea Barat yang selalu kita dengar. Contohnya, bila Stephen Covey cakap tentang 7 Habits of Highly Effective Person , kita tiba-tiba terpesona bila ada pihak yang ‘memantapkan’ apa yang diperkatakan beliau dengan menyumbat beberapa dalil dari Al-Quran dan Hadits. “Tengok Stephen Covey pun cakap tentang Islam.” Satu lagi, bila kita tengok ada sedikit-sebanyak logik sains diketengahkan dalam membicarakan hal agama, maka kita pun meleleh air liur. Sedangkan, apa yang diperkatakannya itu, dari segi falsafahnya, dari segi akidahnya, atau dari segi fakta sains sekalipun, masih lagi belum sah. Contoh? Maaf, saya tak dapat mengemukakan contoh.

iv. Tetapi, tentang isu ‘tangkap-muat’ keaslian Islam ke dalam kerangka pemikiran luar/barat/nafsu, adalah satu perbuatan yang silap dan sangat melampau. Sangat tak beradab!

v. Katakanlah kita ini gila Stephen Covey. Bila Stephen Covey keluarkan bukunya itu, kita sakan seronok cari dalil-dalil, menyumbat di dalam kerangka yang ditulisnya, dan menyebarkannya. Dan, kita katakan; “Tengok, orang barat pun kata macam ini. Tengok, ada dalil yang menyokong apa katanya. Inilah baru Islam moden.” Hello~ bila Stephen Covey cakap begitu, baru kita nak jadi Effective Person ke? Kalau dia tak cakap, kita nak jadi apa?

vi. Kalau disentuh tentang hal ini, Imam An-Nawawi telah lama mengarang tentang sifat manusia yang efektif. Cuba buka kitab Riyadus-Solihin. Imam An-Nawawi bukan takat bicara 7 sifat, tetapi beratus-ratus sifat yang efektif untuk manusia dan untuk Muslim.

vii. Kita, orang kita, mudah sangat ternganga dengan benda yang baharu, malah benda dari Barat, juga Jepun dan Korea. Yalah, kita inipun serba kekurangan. Ulama’ besar kita pun kita tak kenal. Bila orang cakap tentang Hamzah Fansuri, Nurruddin Ar-Raniri, Abdul Rauf Singkeli, Prof Hamka, kita terpinga-pinga tak kenal. Macam manalah nak kenal, sumber ilmu pun terhad pada kitab-kitab moden dari Mesir sahaja. Kitab-kitab lama ini mana boleh buat masuk silibus usrah. Tak boleh masuk dalam kerangka jemaah kita. Tak syoklah belajar dengan cara kuno.

d. Dalam hal kita membicarakan sejarah pun, kita perlu berhati-hati.

i. Dahulu, waktu tingkatan 1 dulu, saya masih ingat tentang isu utama yang perlu diambil perhatian tatkala menanggapi sejarah iaitu bias dan kecondongan. Itu pelajaran kedua dalam sejarah, selepas takrif sejarah yang dikemukan oleh beberapa tokoh.

ii. Jadi, untuk mengelakkan bias dan kecondongan kepada satu puak, jemaah, parti politik dan sebagainya, maklumat tentang sejarah itu perlu diteroka, sebanyak-banyaknya.

iii. Bila pulang dari kem waktu musim luruh, yang ajar tentang sejarah kita, sepatutnya, kita menjadi lebih proaktif, membongkar maklumat-maklumat sejarah dengan lebih teliti. Ini kerana, kita mendengar dari satu sumber. Katakanlah sumber itu dari Syeikhul Malayuwin, yang bercakap tentang sejarah Turki.

iv. Apakah selepas kem itu, kita pergi ke perpustakaan, kita geledah rak 959.xxx di Barr Smith untuk mengkaji turun naiknya Khalifah Utsmaniyah itu? Atau kita menjadikan apa yang kita dapat itu sebagai satu-satunya informasi yang paling lengkap dan menutup mata dan telinga, untuk mendalami sejarah itu dengan lebih kritikal?

v. Tak ada masa? Mana boleh tak ada masa. Kata nak membina generasi harapan. Bolehkah kita berharap pada generasi yang tak mahu meluangkan masa untuk mengkaji sejarah turun naiknya bangsa dan agama? Kata suruh Melayu bangkit dan berubah. Nak berubah macam mana, kalau sejarah bangsa sendiri hanya terhad pada satu sumber sahaja.

e. Kecetekan, ketidaksungguhan, kesalahan, ketangkapmuatan kita dalam menanggapi falsafah beragama dan berpendidikan ini adalah sangat bahaya. Mungkin kesannya kita tak nampak sekarang. Kesannya 10 atau 20 tahun lagi. Contohnya, dahulu tulisan jawi diganti dengan tulisan rumi dengan tujuan untuk meluaskan perolehan maklumat dari kalangan rakyat. Namun, apa yang terjadi, orang kita sekarang terputus dengan kitab-kitab lama yang ditulis dalam tulisan jawi. Tiada akses. Tiada pintu. Orang Melayu buta dengan tulisan sendiri. Sebab itulah terkikis jati diri. Tak ada sambungan dengan kita dan orang yang hidup lebih awal dari kita.

i. Hal yang sama juga berlaku bila kita menangkapmuat idea, pemikiran, cara Barat dan menyumbatnya dengan Islam yang sangat luas itu. Ia menyebabkan kita terpaksa mencerai-ceraikan Islam, mengambilnya sebahagian dengan mengikut kesesuaian dan kemuatan, mengamalkan dan berbangga dengan mengatakannya ia adalah Islam yang syumul. Ini perbuatan yang sangat tak beradab!

ii. Kita menggalakkan kecetekan usaha untuk menanggapi ilmu dan sejarah. Semata-mata takut nanti ada maklumat yang membongkar kesalahan jemaah, persatuan dan cara kita. Ini secara langsung, telah melahirkan generasi yang malas dan hanya jadi pak angguk bila diwarisi dengan cerita separuh betul separuh boleh dipersoalkan. Atau, dalam bahasa akademiknya, satu bentuk indoktrinisasi. Ini telah dilakukan oleh kerajaan-kerajaan komunis, seperti Korea Utara, dengan menyekat penerokaan maklumat. Menyekat dalam hal ini, bukan sekadar menghalang dengan mendepang tangan, bahkan memperlekehkan usaha penerokaan dan ‘mengatakan’ penerokaan ilmu di luar kemampuan jemaah, persatuan, umur remaja mahasiswa, sebagai satu yang sia-sia. Golongan yang sibuk mengulit ilmu dan sejarah dilabel sebagai ‘serius, nerd, tak enjoy, orang tua dan sebagainya.’

iii. Selain dari pada itu, Islam dipaparkan dengan cara ‘semua orang suka.’ Ada nyanyian, ada video yang menggemparkan, ada senam aerobik, ada Facebook dan sebagainya. Bukan tak boleh buat. Boleh. Tapi, itu bukanlah hal yang utama. Bukan prioriti. Islam perlu ditampilkan sebagaimana ditampilkan oleh Nabi Muhammad SAW. Berjanggut, berjubah, berserban. Bukan mengatakan, “Agama Islam bukan takat berjanggut, berjubah dan berserban aja.” Beb, kena jaga cakap beb. Hang macam mempersoalkan sunnah Nabi kalau cakap macam tu.

3. Islam adalah agama universal.

a. Bukan macam Hindu, Buddha, Conficious yang terhad pada sempadan bangsa. Mungkin ia berkembang, tetapi menurut catatan sejarah (Negarakatergema) agama Hindu hanya dianuti sepenuhnya oleh Raja-raja, tidak dihayati sepenuhnya oleh rakyat. Agama Hindu, bersifat tak terkembang. Eksklusif!

b. Kalau kita kata Kristian universal, namun perkembangan itu terjadi setelah Kristan sekian lama wujud di Rom. Idea baru universaliti Kristian berpunca dari salah faham khutbah Nabi Isa as di mana salah faham pengikutnya terhadap mesej baginda yang mengatakan bahawa akan ada agama baru (agama Islam) yang akan menjadi agama yang universal, selepas agama yang dibawa baginda ini. Namun, pengikut Kristian (setelah berkurun baginda diangkat ke langit), mencipta agama baru iaitu Kristian, dan menganggap agama baru inilah yang dimaksudkan oleh baginda Nabi Isa dalam khutbah baginda dahulu. Padahal, ia adalah ciptaan yang direka-reka oleh pendokong agama ‘baru’ ini. Dan, dengan kehendak Allah, agama Kristian yang tersebati dengan Empayar Rom, tiba-tiba terkemban.

c. Agama Islam pula, sememangnya bersifat universal, sejak penurunan wahyunya lagi, di mana Allah SWT telah berfirman yang agama ini adalah untuk seluruh manusia dan seluruh alam. Allah juga berfirman supaya orang Islam mengukuhkan ikatan persaudaran walaupun terdiri dari latar yang berbeza. Berbeza dengan Kristian, agama Islam hanya mengambil masa kurang dari satu kurun (dari penurunan wahyu pertama), untuk mengumpul penganut yang berbilang bangsa. Arab, Turki, Parsi, Pakistan, Mesir, Turkistan, Berber, Eropah, Afrika, India, Cina, Melayu dan sebagainya, adalah penganut Islam tak kurang dari satu kurun pun.

d. Kita lihat di sini, ada sebuah persatuan yang tersohor, yang mengehadkan Islam kepada lingkungan bangsa sahaja. Atau, yang lebih parah, mengehadkan Islam pada sungkupan tempurung persatuan atau jemaah mereka. Penggunaan nama Islam dalam kapasiti persatuan umpama ingin meletakkan semua air laut ke adalam sebelah tempurung kelapa. Ada yang masuk, tetapi selebihnya tak muat. Yang masuk ke dalam tempurung itulah yang dibangga-banggakan, yang kononnya merekalah yang membawa Islam yang syumul. Jemaah itu berani pula memakai label Islam untuk mempromosikan ketidakcukupan yang ada di dalam tempurung itu dan mengakui pula bahawa mereka adalah universal. Yang menyayat hati, sikap mengehadkan Islam kepada bangsa, undergraduate, post-graduate dan sebagainya, adalah salah adabyang besar. Sangat besar.

e. Inilah dikatakan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Tidak adil pada kebesaran Islam. Meletakkan Islam pada segolongan bangsa, puak, jemaah, persatuan sahaja. Sekiranya benar mereka tidak mengehadkan Islam, kenapa persatuan Malaysia itu digemilang-gemilangkan. Ketahuilah, persatuan itu yang manfaatnya adalah untuk members sahaja. Lagipun, kalau benar persatuan itu adalah sama dengan Islam, kenapa dari dulu lagi tak wujud persatuan (sebab tiba-tiba muncul dalam awal tahun ini)? Dari dulu itu, dari zaman sahabat dan ulama besar silam. Malah, nabi sendiri memecah tembok puak-puak sewaktu zaman baginda. Ini, perkara baharu sebegini yang muncul sekitar 1900-an, dianggap sebagai satu-satunya jalan yang Haq.

f. Persatuan, lebih bersifat untuk memudahkan pengurusan kebajikan mahasiswa Melayu atau Malaysia, bukan menjadi ‘agama Islam.’ Jadi, untuk berlaku adil dalam hal ini, nama Islam tak boleh dipakai. Ini kerana, berpersatuan maksudnya berfokus. Persatuan fitrahnya bukan universal. Jadi, kalau begitu, nama Islam atau Muslimin perlu dibuang. Tak kiralah ianya parti politik atau badan bukan kerajaan. Di sini, kita tengok ia terlekat pada satu persatuan. Kalau nak kekalkan pun, mungkin boleh guna akronim yang sama, tetapi maksudnya berbeza. Cadangan saya, Ini Suaka Melayu Adelaide = ISMA.


4. Kesimpulan

Jadi, penjelasan di atas walaupun bersifat penuh emosi, kurang petikan akademik, tak ada dalil – namun ia harapnya membuka mata, minda dan hati kita tentang apa yang sedang berlaku. Boleh sahaja ia dibuat seperti research paper, namun, ada ke orang nak baca atau ambil perhatian kalau ia bernada kaku? Buku rujukan pertama saya adalah buku Islam and Secularism oleh Syed Naquib Al-Attas, Penjelasan Budaya Ilmu oleh Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud (anak murid Syed Naquib Al-attas), blog Rausyanfikir.com (di mana beliau membicarakan masalah yang sama berlaku di UTP). Dan rujukan saya yang paling utama, adalah melalui guru saya yang mengajar agama di Adelaide ini, dan kawan-kawan yang berpengalaman luas dalam hal jemaah, mahasiswa yang tak perlu saya sebutkan nama.

a. Inilah simpton-simpton penyakit yang terjadi dalam masyarakat kita di Adelaide ini. Rasanya, kalau nak tulis semua, mesti panjang berjela entri ini. Jadi saya ambil point yang betul-betul kena batang hidung, supaya kita bersin dan keluarkan semua kotoran-kotoran dalam badan bangsa Melayu di Adelaide ini!

b. Jadi, dari sini, kita cuba lakarkan sebuah gambar rajah tentang lingkaran masalah yang menyungkup bangsa kita di Adelaide ini.







c. Daripada sini, kita dapat lihat, kita berputar-putar pada masalah yang sama. Masalah yang menyebabkan masalah yang lain. Masalah, kalau kita selesaikan salah satunya pun, akan ada masalah lain yang akan meneruskan ini semua berlaku.

d. SEBAB ITULAH, SEBELUM KITA MEMBICARAKAN JALAN KELUAR, KITA KENA KENAL PASTI MASALAH ITU BETUL-BETUL DAHULU, TENGOK MACAM MANA PERGERAKAN MASALAH ITU, SUPAYA NANTI KITA BOLEH CARI MANA PUNCANYA DAN MENGAMBIL TINDAKAN YANG TEPAT

e. Saya bukannya nak emosi tak tentu hala, mengamuk macam orang gila, mengatakan itu salah, ini salah. Masalahnya, kita berada dalam satu lingkaran yang menakutkan!

f. Kita kononnya cuba menyelesaikan itu dan ini, namun masalah tak selesai-selesai pun. Biarlah beberapa tahun kita mencuba. Saya jamin, cara kita yang mencuba-cuba ini, tak akan ke mana. Khalifah itu yang diidam-idamkan tak akan dapat punya. Lagipun, kita di dunia ini, bukannya nak mengejar kerajaan.

g. Selepas entri ini, kita akan bicara jalan keluar pula. Jalan keluar dari putaran ganas yang membelit diri kita sekian lama.

h. Namun, berilah masa untuk saya, untuk mengarang dengan betul-betul dan teliti. Sayalah akan dipertanggungjawabkan kalau ini semua batil.

i. Saya minta, janganlah melatah atau melenting. Sabar itu penting!

Baik, jika anda nak membaca dari gaya akademik sila klik sini.

10 ulasan:

FakirFikir berkata...

Kena buat siri ni! Siri Islam dan Melayu Adelaide.

aLturkistani berkata...

Hahahaha.

Panjang berjela.Semput aku bace.

Kita boleh berlapang dada bila :

1) sama-sama betul,sama-sama hak.
2) sama-sama jahil,sama-sama bodoh.
3) sama-sama salah,sama-sama silap.
4) sama-sama alim,sama-sama sarjana.
5) sama-sama racist,sama-sama asabiyah.

Tapi kita tak boleh biarkan bila :

1) ada yang hak,ada yang batil.
2) ade yang alim,ada yang jahil.
3) ada yang benar,ada yang salah.
4) ada yang baik,ada yang buruk.
5) ada yang syumul,ada yang racist.

Keutamaan ulamak :

Allah sendiri bertanya kepada kita:

" Apakah sama mereka yang berilmu dan mereka yang tidak berilmu ? " (Az-Zumar 39:9)

Allah muliakan ulamak:

"Dan ini adalah sebahagian contoh Kami letakkan di hadapan manusia, tetapi tiada siapa yang faham kecuali mereka yang berilmu. (tentang Allah dan kebesarannya)" (Al-Ankabut 29:43)

Allah muliakan ulamak lagi :

" Sungguhlah yang memiliki rasa takut kepada Allah diantara para hamba-hamba-Nya hanyalah para Ulama " (fatir 35:28)

Rasulullah s.a.w pun memuliakan ulamak :

"Barang siapa yang meniti suatu jalan ia menghendaki suatu ilmu,maka Allah ta'ala akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.Dan sesungguhnya para Malaikat merendahkan sayap-sayapnya dihadapan para penuntut ilmu sebagai suatu bentuk keredhaan dari apa yang telah mereka lakukan. Dan sungguhlah seorang 'alim akan didoakan keampunan oleh para penghuni langit dan juga penghuni bumi hingga ikan-ikan yang berada dilautan.Dan keutamaan seorang 'alim dibandingkan seorang 'abid bagaikan keutamaan bulan dibandingkan dengan segenap bintang-bintang dilangit.Dan sesungguhnya Ulama adalah pewaris para Nabi dan para Nabi tiadalah mewariskan Dinar maupun Dirham, namun mereka mewariskan ilmu, barang siapa yang telah menerimanya maka ia telah menerima bahagian yang teramat besar. "

( Dikeluarkan oleh Abu Daud 3 / No. 3641- 3642, At Tirmidzi 5 / No. 2682, Ibnu Majah 2 / No. 223, Ahmad 5 / 196 dan Ad Darimi 1 / No. 342 )

Rasulullah s.a.w muliakan lagi ulamak :

" Pemisalan atas apa yang Allah ta'ala utus denganku berupa hidayah dan ilmu syar'i, adalah bagaikan perumpamaan butiran air hujan yang membasahi bumi, maka ada satu bahagian diantaranya yang dapat menyerap air hujan tersebut lalu menumbuhkan rerumput dan semak yang banyak dan darinya ada bahagian tanah yang akan menahan air. Maka Allah ta'ala akan memberikan manfaat kepada segenap manusia dengan tanah tersebut, mereka minum darinya dan menyirami pertanian mereka. Dan bahagian lainnya yang disirami dengan hujan tersebut adalah tanah yang kering dan tidak mampu untuk menahan air dan tidak juga menumbuhkan rerump. Maka demikianlah pemisalan bagi seseorang yang telah diberikan pengetahuan ilmu fiqh dalam Agama Allah dan telah mendapatkan manfa'at dengan segala yang dengannya aku diutus oleh Allah, dimana ia mempelajarinya dan mengajarkannya dan pemisalan bagi seseorang yang sama sekali tidak memberikan penghargaan akan ilmu dan tidak menyambut hidayah/petunjuk Allah ta'ala yang dengannya aku diutus "

( Dikeluarkan oleh Al Bukhori 1 / 160 – 161 dan Muslim No. 2282 )

Rasulullah s.a.w muliakan lagi ulamak :

" Dunia itu adalah suatu yang telah dikenakan laknat, dan demikian juga yang berada didalamnya,kecuali zikir kepada Allah dan yang setiap yang menyertainya dan juga seorang 'alim atau yang tengah menuntut ilmu "

( Dikeluarkan oleh At Tirmidzi 4 / No. 2322, Ibnu Majah No. 4112. Berkata At Tirmidzi : Hadist ini hadist Hasan ghorib

Terlalu banyak dalil-dalil yang sahih dari Al-quran dan As-sunnah yang memulikan orang alim,ulamak,mufti,maulana,ustaz,mulvi,sheihk,tuan guru dan lain-lain term kerana keilmuannya,kesarjanaannya.

Jika Allah dan kekasihnya memulikan mereka. Siapalah kita tidak memulikannya.

Allah meletakkan darjat yang tinggi keatas mereka. Siapalah kita hendak menurunkan darjat mereka sehinggah sama level dengan naqib2.

Allahu A'lam.

ainishamsi berkata...

baguslah. akhirnya mende ni terluah dalam bentuk penulisan.

sebabnya, dah banyak rasanya perasaan yang terpendam pasal isu ni di kalangan mereka yang sedar.

tapi somehow, aku rasa, kita perlu juga mendalami, kenapa, apa dan bagaimana mereka yg berada dalam kelompok-kelompok tertentu (bukan satu sahaja), terus-menerus berada dalam keadaan sebegitu.

perlu dengar juga penjelasan mereka.

tapi kalau kau tanya aku, semua ni sebab comfort zone. mudah senang.

tu pendapat aku la.

kau bina circle yg eksklusif di adelaide ni. komuniti yg tak banyak sangat cabarannye nak dibanding dgn cabaran di malaysia. jadi mudahlah nak terus-terusan dalam comfort zone ni.

(sekali lagi, aku bukan bercakap tentang satu-satu kelompok sahaja!)

tapelah, kau habiskan dulu tulisan kau ni. aku nak dgr idea untuk penyelesaian.

Muhammad Teja berkata...

sememangnya aini,
comfort zone adalah racun yang telah berada dalam diri kita sekian lama. racun yang orang tak sedar

benar itu aliph,
Ulama' pewaris Nabi. Dekat Adelaide ini, kalau ada orang 'alim nak mengajar, kita nak tunggu apa lagi?

abg awang,
kami menanti pandangan orang yang lebih tua. juga orang yang ahli dalam hal psikologi ini.

insyaAllah, harap 'pembongkaran' ini akan menjadi titik tolak revolusi sikap kita sebagai mahasiswa luar negara.

InsyaAllah.

FakirFikir berkata...

Tulis bagi siap dulu siri ini. Nanti saya cuba ulas apa yang saya lihat dan rasa akan hal ini.

Mohd Omar Mohd Mokhtar berkata...

Assalamualaikum w.b.t.

maaf syuk setelah sekian lama baru aku berpeluang melihat blog hang.

Bismillah, aku berlindung denganNya dari emosi yang diganggu oleh syaitan menampakkan sesuatu yg baik sebagai buruk dan buruk sebagai baik.

Aku sebagai sahabat seperjuanganmu yg lama aku mengerti apa yg kau rasai. tapi soal akal adalah yg kedua selepas keimanan. Aku juga ada membaca pasal perkara2 sperti ini sebelum ini. biasalah tu.

Cuma aku nak tegaskan kita sepatutnya fokus kepada penyatuan bukan perpecahan. Sungguh setiap sesuatu ada marhalah atau peringkat2nya. seperti di Mekah dan Madinah. Mereka selepas hijrah sudah mengerti tentang peringkat ini. Pernahkah kita terfikir adakah mungkin Rasulullah S.A.W. berhijrah tanpa mengakui keimanan kaum Ansar terlebih dahulu seperti mana tercatat dalam perjanjian Aqabah?. Selepas itu barulah Rasulullah mempersaudarakan Ansar dan Muhajirin, tetapi Rasulullah masih mengkategorikan bangsa mengikut sebagai bangsa itu sendiri untuk memelihara keunikannya, Sebab kita dijadikan berpuak2 adalah untuk saling berkenal-kenalan dan bukannya bermusuh-musuhan bukan? Mungkin masalah ko melihat melayu sahaja ini sebab ko melihat dari jauh dan mungkin juga perlu dilihat dari aspek lain pula.

Berkenaan merendahkan ilmu aku terus terang menafikannya. bab merendahkan ulama' aku juga menafikannya. Kefahaman dalam Islam juga perlu disaluti oleh priority, dan kefahaman tentang marhalah. Aku harap kita sama2 belajar.

Seseorang itu bukanlah Scholar/ulama' jika dia merendahkan orang lain. dan akku yakin ulama'2 faham benar akan perkara ini. sebab itu kita jarang tengok mereka berbalah melainkan pengikut2 yang kurang memahami tentang ilmu. Aku harap menjelaskan sedikit sebanya keserabutan.

cadangan perspektif baru dari aku. Ko selalu tengok orang bukan Islam argue pasal benda2 remeh macam hijab sebagainya bukan? ko tahu tak siapa yg selalunya masuk Islam? iaitu orang yang bertanya buktikan apa kepada aku buktinya agama Islam itu benar..rujukan kepada syiekh ni http://www.youtube.com/watch?v=bCgj6p3JTLg

cadangan mungkin ko boleh baca entri aku yg lama berkaitan amanah dalam gerak kerja.

wallahua'lam.

aLturkistani berkata...

"Kefahaman dalam Islam juga perlu disaluti oleh priority, dan kefahaman tentang marhalah."

inilah ayat2 gang2 usrah bila hal dibangkitkan orang. selalu sangat aku dengar dan aku pun pernah jawab mamcam ni jugak dulu bila dipersoalkan. Apa kata ko bentangkan secara terperinci. Taknak tulis, datang maple pun boleh. Kalau ko benar, ko kene bagitau kebenarannya.

Apakah priority dalam agama?

Adakah program gang2 korang tu priority dalam agama?

Kalau begitu korang ni jenis taksub jemaah, racist dan asabiyah.

Dahlah tak jemput org lain.

Korang bawak Islam ke Jemaah?

Azmi pun ade anak2 usrah gak. Dia batalkan usrah dia, jadikan kuliah Sheikh Haitham sebagai usrah dia.

Usrah dia, sape2 pun bley duduk. Mcm2 Shafiq Mat dan Mat Syah.

Dalam hal ni, mane priority? Orang alim cakap atau ko cakap org kene dengar?

If ko lg alim, aku akan duduk dan heret shiekh haithan skali duduk. Tupon kalo ko jemput la.

If ko sama-sama alim, kita berlapanglah dada.

Apa itu marhalah?
kenapa tak gune term jemaah je kn senang.
marhalah tu locality tmpt ko tgl. skarangni, ko dekat adelaide, bkn dkt bangi.

Marhalah nabi s.a.w dulu kat Makkah. Sebab tu dakwah dia di Makkah.

Masalah org arab mase tu taksub kabilah.Kabilah ni mcm bangsa bagi diorang. Lagi tnggi dari level bangsa. Sampai skang diowg sebut lagi. Tau x?

Dakwah nabi dalam kalangan bani Hasyim je ke?Bilal bani hasyim ek? Abu Bakr bani hasyim ek?

Dalam mase dakwah nabi s.a.w di Makkah, nabi tak lupa puak2 Taif. Dan ade beberipa riwayat nabi keluar dari marhalah Makkah utk dakwah juga.

Bro, keluar dari kepompong bro. ilmu bkn dlm "marhalah" ko je. Banyak yg lagi rajih bertepatan dgn dalil2 sahih dari Al-Quran dan As-Sunnah.

AllahuA'lam..

Tanpa Nama berkata...

pelik la korang ni.

ramai lagi orang yang buat bende2 pelik kat adelaide ni, korang taknak fikir utk selesaikan. bende yg bagi aku remeh ini jugak yang korang debat2kan. orang islam kat Adelaide, n jugak kat Msia, n serate dunia, tertunggu2 korg nak selamatkan mereka.

korg igt lah, bukannye semua org suke bdk2 usrah ni. aku pun tak suke. tapi ramai gak bdk2 lain tak suke approach bdk2 tabligh etc. ilmu, masjid.. so, apa korang leh buat? itu lumrah la. mungkin ade bende korang rasa sesuai utk korang, blum tentu sesuai utk org lain.

aku rase dua2 pihak nakkan Islam. so sebab apa la korang nak tuduh menuduh antara satu sama lain.

ramai lagi umat Islam kat luar sana yang memerlukan korang. selamat kan diaorg. lebih utame aku rase dari korang gaduh2 pasal isu remeh ni.

utamakan la ukhuwah islamiyah tu. pls! stop arguing!

aku rasa syuk pun, keluarkan isu ni, tak menyelesaikan isu umat yang semakin parah kat luar sana. makin btelagah antara org2 yg nk bawak mesej Islam ni ade la. kekuatan org2 yg semangat nk bawa Islam ni, dah la x byk, makin dikecik2kan dan dilemahkan sebab byk tak puas hati/ byk argue/ byk tuduh menuduh antara satu sama lain.

ko kan ade maruah. byg kan org ckp "Syuk tu pemecah bangsa" pdhal ko fhm matlamat hidup ko menyatukan org melayu. so spatutnya ko x perlu ltak aa nama isma dlm entri ko tu,mcm nmpk isma plak yg memecah umat melayu adld tu. bkn ke dulu ko bkn main baik lagi dgn org isma. siap buat program merdeka lg kot.

aku bkn nk ckp isma ni bgs sgt. but aku rasa diorg ni lbih bagus aa dr lss yg x nmpk ape2 matlamat die kt adld ni. nk kata bjuang utk bangsa, x sgt, agama pun lg la xde.

(sori la, dh lama aku nyampah dgn lss ni. kene ckp gak sblm aku blk msia ni.so, rasa ko kene tutup la sket kemaluan org lain, kalau tak, kemaluan ko akan dibuke.)

dah2, tutup dah isu ni. berbaik sangka sesama kita. mungkin masing2 ada kelemahan, tetapi pd masa yg sama, ada kekuatan yang sama2 boleh digunakan.

aku yakin bdk2 tabligh pun ada bende yg bgs, yg bdk2 usrah x leh nak buat. tp jgn le kondem diaorg yg join usrah ni jugak. pls!

gunakan titik2 persamaan ini, bro!!!

aie144 berkata...

Teringat detik-detik manis bekerja bersama dengan Syukri masa program Merdeka dulu.... :-)

Jom kita jaga persaudaraan kita sesama Islam di sini. Kita kan saling menasihati, serta saling menguatkan ;-)

Ikhwan Zhaki berkata...

Moga-moga ada kefahaman yang lebih mengakar datang daripada ALLAH, akan peranan persatuan, jamaah,dan lain-lain sebagai wasilah, wadah, bekas, dll untuk laksanakan amanah kepada Islam. Idea mengenai kedudukan dan peranan institusi 'ilmu dan 'ulama adalah amat-amat saya sokongi.

Selagi mana kita manusia, pasti tidak terlepas daripada kelemahan dan kekurangan.

Lihat sahaja Al-Imam Al-Ghazali, ada sahaja kritikan daripada golongan-golongan lain mengenai usaha penulisan 'ilmu beliau, walaupun kita dapat melihat hingga hari ini keberkatan usahanya masih lagi memberi manfaat kepada umat Islam. Ada disebutkan oleh Syeikh Fuad Kamaluddin, ada 'ulama yang sesuai taraf keilmuannya mengakui penulisan 'ilmu Al-Ghazali ialah lautan yang melemaskan.

Juga Al-Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam ada menyebut, bagaimana Imam Malik tetap meneruskan usaha penulisan kitab Muwatto' walaupun pada masa tersebut sudah ada beberapa kitab muwatto'. Jawab beliau apabila ditanya, usaha yang ikhlas itu akan berkekalan.

Agak cacat dan tempang jika kita tidak mahu menerima dan mengakui kelemahan diri, kemudian ingin pula mengaku wira, seolah-olah diri sahaja yang betul, tidak mengiktiraf usaha pihak lain. Risau juga, jika berkobar-kobar berjuang, tetapi apabila dinilai di sisi ALLAH, tergolong dalam mereka yang tidak beruntung.

Insya ALLAH saya yakin, berkat kesungguhan, keikhlasan semua, kita akan beroleh kebaikan dan membaiki keadaan sekarang.

Terima kasih kepada senior-senior yang sudi membangkitkan kesedaran ini, moga-moga pelapis anda akan membaiki kekurangan ini. Saya sendiri akui banyak kesedaran, kefahaman yang ditimba daripada anda semua. :)