Laporan Berita Harian ketika aku menceritakan detik-detik lebaran 2007. Terima kasih buat wartawan Rashiqah Ilmi. Sekalung penghargaan buat Kak Zati kerana mengimbas artikel ini dalam bentuk digital.Bukannya aku malas kemas kini entri terbaru di blog ini, tetapi, tatkala aku membuka blogger.com, jari jemari kukelu dan akal gagal menjalankan tugas. Lama aku termenung menghadap jalan, merenung dalam-dalam kedai jubin Beumont yang terletak betul-betul di depan bilikku, namun ilham masih tak kunjung tiba.
Pada masa yang sama, aku tidak mahu mengecewakan pembaca di luar sana. Maka, walaupun entri ini tiada nukilan, namun aku kongsikan gambar-gambar pengalaman keduaku menyambut hari raya di perantauan.
Aktiviti mengemas masjid pada pagi akhir Ramadhan. Kanvas biru yang dibentangkan itu menjadi lapik untuk jemaah solat hari raya yang melimpah keluar dari ruang solat.
Gotong-royong ini diketuai oleh Pak Cik Farid, warga Singapura juga bilal Masjid City Adelaide, selaku orang paling lama menetap di Adelaide. Khabarnya, dekat 30 tahun juga.Selesai bertakbir dan solat Hari Raya, kami pun bersalam dengan umat Islam pelbagai bangsa. Ada bermacam-macam jenis pakaian dan ragam umat Islam. Inilah yang dikatakan perpaduan sebenar, tanpa mengira bangsa. Barangkali PM boleh ambil model Islam untuk mantapkan gagasan 1Malaysia beliau itu.
Selesai solat, kami semua bergerak ke The Village, tempat diadakan jamuan makan-makan hari raya. Kiranya, inilah open house yang pertama untuk semua mahasiswa sarjana muda.
Kemudian, kami ke rumah Doktor Bad, di Parkside untuk kenduri kambing. Rumah terbuka ini dihadiri oleh orang tua-tua, tetapi kami tanpa segan silu tetap berkunjung untuk mengeratkan silaturrahim, tanpa mengira pangkat (sebab ada yang doktor pakar) dan usia. Alhamdulillah, cuaca cerah dan kami melepak di bawah cahaya matahari.
1 ulasan:
Merayakan nostalgia 3?4?3.5?
Catat Ulasan